berbasikal-cycling-biking-riadah-basikal-menunggang-roadbike-mountainbike-sukan-salak-perdana-greenwoods-salak-tinggi-sepang-nilai

Aktiviti berbasikal adalah satu bentuk sukan yang semakin meningkat popular di kalangan masyarakat. Jika kita perhatikan pada setiap pagi atau petang, ada saja individu yang berbasikal dan ada juga juga yang bergerak secara berkumpulan. Aktiviti berbasikal adalah amat baik untuk menyihatkan badan. Namun, adakah ianya boleh memberikan berat badan ideal ataupun boleh menurunkan berat badan ? Jom kita dapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan aktiviti berbasikal untuk weight loss atau penurunan berat badan.

1.Kerapkan aktiviti berbasikal dan konsisten : Pastikan kita melakukan aktiviti berbasikal secara kerap dan konsisten. Jika kita boleh berbasikal selama satu jam setiap hari adalah lebih bagus. Mungkin juga kita boleh melakukannya pada pagi dan juga petang hari. Dapatkan trek kesukaan anda untuk anda berbasikal di sekitar tempat kediaman anda. Oleh itu, anda tidak perlu untuk membuat persiapan yang panjang untuk berbasikal.

2. Jaga pemakanan bersesuaian dengan aktiviti berbasikal : Dapatkan tenaga untuk berbasikal daripada makanan yang bersesuian. Jangan berlebih- lebihan di dalam pemakanan sehingga kalori yang diambil melebihi kalori yang dibakar semasa aktiviti beriadah dengan berbasikal. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan mendapatkan zat yang betul agar anda tidak menghadapi masalah semasa berbasikal. Kejadiaan pitam atau pengsan boleh terjadi jika anda berbasikal tanpa tenaga yang mencukupi.

3. Berbasikallah dengan perasaan yang seronok : Anda perlu mempunyai emosi yang menjadikan aktiviti berbasikal anda sebagai satu aktiviti yang menggembirakan hati dan menyeronokkan diri anda. Ianya boleh menghilangkan tekanan yang ada pada anda dengan masalah kehidupan harian seperti pekerjaan, kewangan, keluarga dan pelbagai lagi.  Untuk itu, luangkan masa untuk aktiviti berbasikal anda sekurang- kurangnya satu jam sehari.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan aktiviti berbasikal adalah satu riadah yang anda inginkan. Dapatkan berat badan impian anda dengan aktiviti berbasikal. Inilah antara aktiviti yang kita boleh lakukan di Salak Perdana Greenwoods, Salak Tinggi, Sepang.

Similar Posts