Aktiviti riadah dan senaman berbasikal amat sesuai dilakukan di Salak Perdana Greenwoods, Sepang. Suasana dan juga jalanraya yang ada bertepatan dengan aktiviti berbasikal yang boleh dilakukan di pagi dan petang hari. Bilakah waktu yang sesuai :
Pagi : 6.00 pagi – 10.00 pagi
Petang : 5.00 petang – 7.00 petang
Hari : Tujuh hari seminggu
Nota: Kurang sesuai ketika hari hujan. Dinasihat memakai facemask dan faceshield ketika berbasikal termasuklah pakaian yang sesuai.
Walaupun bukan di hari minggu, keadaan trafik adalah tidak sibuk dan tenang membolehkan kita menjalankan aktiviti berbasikal. Apakah faedah kita membuat aktiviti riadah berbasikal ini ?
- Menyihatkan badan– Dengan aktiviti riadah berbasikal, kita akan mengeluarkan peluh dan memberikan kita senaman kepada tubuh badan. Kita melatih tubuh kita menerima bebanan terutamanya dibahagian kaki dan membuatkan pembakaran lemah berlaku.
- Menghilangkan tekanan – Ramai yang menghadapi tekanan atau stress terutamanya yang membuat perjalanan ke tempat kerja yang jauh, aktiviti riadah berbasikal satu cara untuk menghilangkan tekanan.
- Mengelakkan penyakit – Antara peyakit yang berbahaya adalah strok. Dengan aktiviti riadah berbasikal, kita boleh melatih jantung dan tubuh badan kita untuk bekerja agar sentiasa bersedia dan berada di dalam keadaan yang baik.
Mari kita memulakan aktiviti riadah berbasikal di Salak Perdana Greenwoods!